Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri
Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama
pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan
paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari
Pagar Ruyung,
Sumatera, berdasarkan:
Kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan
Indonesia Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di
Indonesia, umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.
Berdasarkan senarai dalam
Negarakretagama yang disediakan pada tahun
1365, Dungun telahpun wujud sebagai bandar penting pada masa itu. ("Mubin Sheppara", Jurnal Persatuan Asia Diraja Cawangan Malaya (Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society), Jilid XXII Bahagian 3)